Portal berita terbaik anda

Utama

MB Terengganu nafi beri cuti khas esok

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan bahawa tiada cuti pada esok bagi negeri berkenaan.

Beliau berkata demikian bagi menafikan siaran yang berlegar di media sosial dan portal media pada petang ini, mengenai isu cuti membabitkan negeri itu.

“Saya ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang pengumuman cuti khas pada hari Ahad, 9 Disember 2018 dari Kerajaan Terengganu.

“Oleh yang demikian, hari Ahad 9 Disember adalah hari bekerja untuk pentadbiran kerajaan dan agensi di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Loading...

Leave a Reply