Portal berita terbaik anda

Utama

‘Maznah ye… Mari la tengok depan-depan’

“KALAU betul anda semua nak saksikan sendiri ‘Maznah’ datanglah beramai-ramai saksikan perlumbaan LTdL (Le Tour de Langkawi) kali ini.

“Boleh tengok depan-depan, betul ke tak betul Maznah,” kata Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL Shahaizereen A Hamid.

Ketika saingan perlumbaan LTdL menunggu detik menyingkap tirai perlumbaan 7 Februari ini, nama Shahaizereen menjadi bualan warganet apabila menyamakan wajahnya yang seiras dengan pelakon dalam filem Seniman Bujang Lapuk iaitu HM Busra.

Wajah Shahaizereen dikatakan sama dengan pelakon yang bermain trompet sambil melontarkan dialog ‘Maznah ye?’ ketika Ramli (P Ramlee), Ajis (Aziz Sattar) dan Sudin (S Shamsuddin) mengetuk pintu biliknya disebabkan terganggu dengan bunyi bising.

Gambar Shahaizereen yang disamakan dengan HM Busra menghidupkan semula nostalgia zaman kegemilangan filem Tan Sri P Ramlee sehingga menjadi tular.

Shahaizereen berkata, tidak pernah terlintas perkara sebegitu timbul malah langsung tidak menyangka ia tular di laman sosial.

Namun Shahizereen menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan pelakon berkenaan.

Katanya, mungkin ada persamaan dari segi wajahnya tapi hakikatnya mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah.

“Saya pun tak sangka. Tapi mungkin wajah kami ada sedikit persamaan.

“Saya tak terasa hati atau marah. Saya tahu kebanyakan natizen memang suka bergurau jadi kalau anda semua nak menyaksikan Maznah secara berdepan datanglah saksikan perlumbaan LTdL kali ini,” katanya sambil ketawa.

Lebih 90 peratus komen warganet di laman sosial menyamakan dua wajah itu dengan menulis ‘Maznah ke tuu.’

Loading...

Leave a Reply