Portal berita terbaik anda

Utama

Mayat dua beradik jatuh jambatan ditemukan

KUANTAN – Mayat dua beradik yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Rekoh, Rompin kelmarin, ditemukan pada malam tadi dan pagi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemukan terapung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung pada 8 malam tadi.

Menurutnya, mayat adiknya pula, Putri Rama Dhania Azahra, 3, ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya oleh penduduk kampung pada 7.30 pagi hari ini.

“Mayat dua beradik itu kemudiannya dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 11.15 pagi kelmarin, dua beradik itu dikhuatiri lemas selepas terjerumus ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, Rompin.

Loading...

Leave a Reply