Portal berita terbaik anda

Utama

Mayat Abdul Bari ditemui 2.5km dari lokasi hilang

SETELAH pelbagai usaha dilakukan, akhirnya mayat pemancing yang hilang ketika menyelamatkan empat mangsa kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan Jumaat lepas ditemukan kira-kira pukul 7.24 pagi Ahad.

Mayat Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terapung di kawasan muka kuala Tanjung, Sungai Terengganu iaitu kira-kira 2.5 km dari lokasi kejadian.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Sharikan Bustaman berkata mayat mangsa dinaikkan oleh anggota Mencari dan Menyelamat (SAR) bomba.

“Keluarga mangsa telah melakukan pengecaman dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

“Dengan penemuan ini operasi dan pusat kawalan operasi SAR ditutup secara rasmi pada 8.30 pagi,” katanya.

Loading...

Leave a Reply