Portal berita terbaik anda

Sukan

Mat Sabu dilantik sebagai penasihat KAFA

KOTA BHARU – Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pelantikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai penasihat badan induk bola sepak Kelantan, berkuat kuasa semalam.

Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, KAFA mengesahkan pelantikan itu.

“Persetujuan itu dicapai selepas saya mengadakan kunjungan hormat ke atas Mohamad di Parlimen, di ibu negara, semalam.

“Bagi pihak KAFA, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Pertahanan di atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini,” katanya ketika dihubungu hari ini.

Menurutnya, Mohamad akan bertindak sebagai penasihat persatuan tetapi tidak mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan tiga bulan lalu.

Loading...

Leave a Reply