Portal berita terbaik anda

Utama

Mat Sabu berjanji bantuan nelayan Tanjung Piai akan diberi selepas PRK

PONTIAN – Pemberian bantuan sagu hati nelayan sebanyak RM1,000 kepada nelayan Parlimen Tanjung Piai akan diuruskan kerajaan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu nanti.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, pemberian itu bagaimanapun tidak boleh disalurkan semasa perjalanan kempen PRK kerana menyalahi Akta Pilihanraya.

Menurutnya, pemberian wang sagu hati itu akan diuruskan dari semasa ke semasa kepada nelayan yang terlibat di kawasan Parlimen tersebut.

β€œItu (wang sagu hati nelayan) kita akan uruskan dari semasa ke semasa…tak boleh beri sekarang sebab kempen ketika ini (PRK),” katanya ringkas ketika ditanya selepas Majlis Forum Kopitiam bersama calon Pakatan Harapan (PH) di Taman Utama, Pekan Nanas malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong dan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini.

Semalam, portal online melaporkan keluhan dan kekecewaan lebih 800 nelayan di Parlimen Tanjug Piai yang didakwa dinafikan wang sagu hati yang dijanjikan setelah tiga kali tertangguh.

Mereka menyifatkan kegagalan kerajaan menyelesaikan segera pemberian wang sagu hati RM1,000 diterima sejak tahun 2016 menyebabkan pendapatan mereka terjejas, ditambah pelbagai insentif dinikmati nelayan kini dipotong.

Loading...

Leave a Reply