Bakal pulang ke negara asal, ini pesanan Mat Dan buat seluruh rakyat Terengganu

Selebriti TV keturunan Britain yang fasih dengan loghat Terengganu, Mat Dan, memaklumkan beliau akan pulang ke kampung halamannya di Briston, England minggu depan.

Menurut Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, dia akan berada di UK selama beberapa hari dan berjanji akan mempromosikan nama Terengganu di sana.

 

View this post on Instagram

 

Next week. Mat Dan dah balik UK 🇬🇧 Mat Dan akan promote Terengganu dekat sana. Sementara Mat Dan tak ada beberapa hari ni, korang jagalah negeri kite ni molek2 eh.

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Justeru, sepanjang peninggalannya Mat Dan telah meninggalkan pesanan buat seluruh rakyat Terengganu.

“Minggu depan Mat Dan dah balik UK. Mat Dan akan promote Terengganu dekat sana. Sementara Mat Dan tak ada beberapa hari ni, korang jagalah negeri kite ni molek-molek eh,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dengan komen-komen positif apabila melihat kepada kecintaan Mat Dan terhadap negeri Terengganu walaupun beliau bukan anak jati negeri ini.

Sayang Mat Dan ke Ganu…

Orang Ganu pun tak sayang Ganu macam Mat Dan


Tidak dapat dinafikan, sesiapa sahaja akan jatuh cinta dengan Terengganu kerana negeri itu terdapat banyak lokasi percutian yang menarik untuk dikunjungi.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *