Portal berita terbaik anda

Utama

Masjid India, kawasan sekitar dikenakan PKPD

Masjid India di ibu negara dan kawasan-kawasan sekitarnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (KPKD) atas nasihat Menteri Kesihatan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD berkuat kuasa mulai hari ini sehingga28 April2020. Kawasan yang terlibat Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang disekitar Masjid India.

Sementara itu Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan PKPD Batu21 -23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat tamat malam tadi.

“Kecuali bagi Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui, di mana pelaksanaan PKPD dilanjutkan sehingga 28April 2020 kerana masih berlaku jangkitan COVID-19,” kata Ismail Sabri.

Manakala pelaksanaan PKPD di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020,berikutan penambahan kes positif COVID-19 dalam kalangan penduduk.

Kerajaan juga memutuskan PKPD ketiga melibatkan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah,dan PKPD keempat di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India turut dilanjutkan sehingga 28 April
2020 kerana peningkatan kes positif dalam kalangan penghuni.-SM

Loading...

Leave a Reply