Portal berita terbaik anda

Utama

Maruah dipijak-pijak, peguam tawar khidmat bantu ustazah ambil tindakan

Susulan kejadian seorang ustazah dipaksa merangkak di dalam kelas oleh ibu murid, seorang peguam tampil menawarkan bantuan guaman kepada ustazah berkenaan untuk mengambil tindakan ke atas wanita terbabit.

Peguam Nurhidayati Maidin menggesa netizen agar menemukannya dengan ustazah berkenaan agar dia dapat membantunya mengambil sebarang tindakan termasuk dari segi undang-undang kerana memalukannya di khalayak ramai.

Menurutnya, tindakan ibu murid itu adalah tidak wajar sama sekali dan menjatuhkan maruah seorang guru.

“Tolong kenalkan saya dengan ustazah ini. Saya ingin bagi free legal advise dan mungkin servis sebagai peguam seterusnya.

“Melampau mak bapak sekarang. Level tapir yang tak boleh diajar.

“Seorang guru kau jatuhkan maruah begitu sekali. Apa jua alasan, guru ini tidak patut diperlakukan sedemikian. Ada saluran lebih baik,” katanya.

Katanya, dia sudi membantu ustazah malang mencari keadilan tanpa mengenakan sebarang bayaran ke atasnya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai ustazah terbabit boleh menghubungi peguam tersebut menerusi Facebook miliknya atau di talian 03-55411129.

Loading...

2 Comments

  1. Mohd Ridzuan Ibrahim

    Cnp..
    UPDATE.

    Waris ustazah ini dah hubungi saya. Dan saya minta beliau teruskan dengan tindakan mahkamah, sivil atau apa sahaja tindakan yang sesuai. Semua kos saya akan cuba bantu, dan jika saya seorang tak mampu serap kos, saya akan buat fund raise collect rm1 pun okey sangat dah.

    Lokasi kejadian : Madrasah Ad Diniah Islamiah Parit 15, Bagan Datoh, Perak.

    Maklumat terkini kes ustazah disuruh merangkak oleh ibu seorang murid….

  2. Zainuddin

    Terlalu betol menyuruh guru merangkak, itu tindakan biadap tak berperikemanusiaan kerja orang kafir, murtad, munafik anti Tuhan

Leave a Reply