Portal berita terbaik anda

Politik

Manifesto PH: BR1M dikekalkan, tol dihapuskan

SHAH ALAM: Mengekalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan B40 adalah antara manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pemberian BR1M itu terkandung dalam 14 janji utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun, jika PH memenangi PRU-14.

Manifesto PH turut menawarkan pendidikan percuma di Universiti Awam (UA), pelaksanan gaji minimum RM1,500, hapuskan tol secara berperingkat, sejuta pekerjaan baharu dan mengurangkan dua juta pekerja asing.

Dalam tempoh lima tahun juga, PH turut menjanjikan reformasi insitusi negara, menghapus rasuah, memperkasa perkhidmatan awam serta memacu ekonomi dan daya saing negara.

Janji lain ialah membina Malaysia inklusif, moderat dan gemilang, serta desentralisasi kuasa Sabah dan Sarawak.

Loading...

Leave a Reply