Portal berita terbaik anda

Utama

Mangsa keracunan puding buih viral di Terengganu meninggal dunia

Seorang wanita meninggal dunia hari ini selepas 11 hari bertarung nyawa akibat keracunan puding buah yang dibeli dalam talian pada 22 Mei lalu.

Nur Amira Fatihah Abdull Aziz yang berasal dari Kampung Sungai Kerak 2, Marang menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Terdahulu, dalam kejadian itu, seramai 99 mangsa dikejarkan ke HSNZ apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Terengganu Dr Alias Razak, kejadian itu berpunca daripada telur tamat tempoh yang digunakan untuk mengadun makanan tersebut.

Difahamkan pengusaha puding buih itu juga tidak mempunyai lesen perniagaan selain tidak melakukan suntikan vaksin penyediaan makanan.

Loading...

Leave a Reply