Portal berita terbaik anda

Utama

Mangsa Covid-19 pertama meninggal dunia di Terengganu selamat dikebumikan

BESUT – Jenazah mangsa COVID-19 yang pertama meninggal dunia di Terengganu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh, Kampung Raja, di sini sekitar jam 5 petang, semalam.

Jenazah yang membabitkan kluster tabligh berusia 67 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Jenazah mangsa tiba di tanah perkuburan berkenaan sekitar jam 4.30 petang diiringi oleh petugas Jabatan Kesihatan, polis dan bomba.

Kawasan tanah perkuburan dikawal oleh pihak polis bagi menghalang kehadiran orang ramai dan juga penduduk setempat. Urusan pengkebumian selesai sekitar jam 6 petang.

Mangsa berasal dari Kampung Baru, Batu Tumbuh dipercayai mendapat jangkitan dari sekumpulan tabligh yang singgah di masjid berhampiran kampungnya.

Difahamkan mangsa mengidap kencing manis dan pada peringkat awal mengalami demam biasa tetapi keadaan semakin serius sejak beberapa hari lalu sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi HSNZ sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di sana.

Isteri dan seorang anak mangsa yang tinggal bersama sedang dikuarantin di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut.

Loading...

Leave a Reply