Portal berita terbaik anda

Viral

‘Malu Apa Bossku’ jadi ikutan orang Korea, Arab

Perkataan ‘Malu apa bossku’ yang ditulis pada sebuah poster dengan illustrasi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi satu fenomena di kalangan anak-anak muda.

Penggunaan bahasa slanga ini bukan sahaja popular di Malaysia, malah kini ianya semakin ‘merebak’ ke luar negara.

Seorang pengguna Twitter ada memuat naik sebuah rakaman video sekumpulan pelajar di Korea Selatan menyebut perkataan tersebut dalam satu sesi pembelajaran di sana.

Merebak ke Korea…

Menerusi rakaman video berdurasi 18 saat itu kedengaran seorang pelajar lelaki menyebut ‘Malu Apa Bossku’ lalu disambut oleh para pelajar lain.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi sebuah lagi rakaman video kelihatan seorang warga Arab turut menyebut perkataan yang sama.

Arab pun sama!

Slanga tersebut mula menjadi perhatian netizen selepas sebuah video tular di Facebook yang kelihatan seorang pemuda merakam video bersama Najib.

Sumber: WanMohdFirdaus8

Loading...

Leave a Reply