Portal berita terbaik anda

Utama

Malaysia lebih aman tanpa DAP

BANGI – Negara akan lebih aman dan sejahtera tanpa adanya parti tamak haloba, DAP dan konco-konconya dalam politik Malaysia, tegas bekas Pengerusi Majlis Ulama Isma (Muis), Dr Aznan Hassan.

Beliau berkata demikian susulan berlakunya pelbagai peristiwa angkara parti yang kini menjadi dominan dalam kerajaan Malaysia, sehingga boleh mengganggu gugat kesejahteraan negara.

Antaranya adalah penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Mereka ditahan kerana disyaki mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak, mencari dana dan memiliki item berkaitan LTTE.

Selain itu, timbul isu komik Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang menyebarkan propaganda DAP dan komunis yang diedarkan ke sekolah-sekolah.

Komik itu diterbitkan hasil kerjasama Kurator Muzium Kebudayaan dan Komik Asia yang berpangkalan di Pulau Pinang, Hew Kuan Yau – bekas aktivis DAP dengan artis tempatan Chong Po Ling.

Kandungan komik berkenaan difahamkan banyak mempromosikan parti cauvinis, DAP serta pemimpin-pemimpin mereka.

Tambah parah apabila 43 pemimpin DAP bertindak mengherdik serta membantah tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menghalang komik rasis itu diedarkan ke sekolah-sekolah.

Dengan pelbagai masalah yang wujud, Dr Aznan menegaskan bahawa dengan tiadanya parti rasis dan cauvinis berkenaan, yang kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia, maka negara ini akan jauh lebih aman.

“Saya hairan bagaimana masih ada Melayu Islam yang masih nak bela DAP dan pada masa sama masih fikir mereka sayangkan Islam dan negara.

“Kita mesti berusaha untuk pastikan DAP dan konco-konconya kalah dalam pilihan raya akan datang. Tiada pilihan lain,” katanya.

Loading...

7 Comments

  1. Taqs

    Bukan ISMA ke? yg kene tendang drpd malaysia 🤣🤣🤣

  2. Ikram

    Negara jgk lebih aman tanpa media macam chempedakcheese. Ingt tak artikel chempedakcheese yg telah memfitnah seorang graduan dr jordan sbgai bapak ayam?

  3. Ikram

    Taknak minta maaf ke?

  4. Ikram

    Dosa besar tau fitnah org

Leave a Reply