Portal berita terbaik anda

Viral

‘2 jam cikgu tunggu, tiada seorang pun yang datang ke kelas’

Guru itu ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Tanpa ilmu yang dicurah oleh guru, kita tidak akan jadi sesiapa di dunia ini.

Kejayaan seseorang itu bukan sahaja terletak pada usaha diri sendiri, malah keberkatan ilmu daripada seorang guru juga memainkan peranan.

Namun baru-baru seorang guru meluahkan rasa kecewa kerana tiada seorang pun pelajar yang hadir ke kelas tambahan walaupun sebelum ini mereka beria-ria mahu guru berkenaan membuat kelas tambahan sebagai langkah akhir menghadapi peperiksaan SPM.

Luahan daripada cikgu tersebut dimuat naik ke laman Twitter oleh salah seorang anak muridnya yang lain dan ia tular sehingga menerima 11 ribu ReTweet.

Tak baik buat cikgu macam tu!

2 jam cikgu tunggu pelajar datang

Guru Kimia yang dikenali sebagai Harlyana Harun itu terpaksa menunggu seorang diri di dalam makmal yang kosong selama beberapa jam bersama nota-nota pelajaran yang diminta oleh pelajar tersebut sebelum ini.

Namun apabila tiba pada masa yang ditetapkan, tiada seorang pelajar yang datang walaupun dalam group Whatsapp, ada beberapa pelajar memberi respons untuk hadir.

Cikgu dah sedaya upaya bekalkan ilmu…

Sakitkan hati cikgu, tak berkat tau!

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan sikap pelajar tersebut yang memungkiri janji sehingga menyusahkan guru tersebut.

Jangan apabila tidak mendapat keputusan yang baik, guru pula dipersalahkan. Netizen juga meminta agar kisah ini memberi pengajaran kepada pelajar lain supaya perlu menjaga hati guru.

Jangan pulak ada yang bakar buku!

Cikgu Yana seorang yang baik dan sangat penyabar

Loading...

Leave a Reply