Portal berita terbaik anda

Utama

LTAT umum dividen 2 peratus, terendah dalam sejarah

SELEPAS 10 bulan puas mencari alasan, akhirnya LTAT terpaksa mengumumkan dividen 2% untuk tahun 2018 – iaitu paling rendah dalam sejarah.

LTAT juga tidak mengisytiharkan apa-apa bonus untuk tahun 2018.

Untuk perbandingan, purata dividen dan bonus tahunan LTAT untuk tempoh 9 tahun dari 2009 hingga 2017 saya PM adalah 14.1%.

Seperti biasa, pelbagai alasan-alasan diberi – termasuk cubaan untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu:

ÔÇťAntara faktor yang menyumbang kepada prestasi ini ialah penyataan semula akaun bagi tahun kewangan 2016 dan 2017, pembayaran dividen di luar kemampuan, impak terhadap keuntungan terkumpul, kesan negatif pelaksanaan Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan pembayaran dividen yang belum diterima dari anak syarikat.

Tapi apa yang mereka tidak sebut pula ialah kebanyakkan pelaburan besar LTAT telah mencatat kerugian kerana ekonomi yang semakin merosot selepas PRU14 dan juga pasaran saham negara yang bertukar menjadi paling corot dalam dunia di bawah PH.

Tak sebut pula harga saham pelaburan utama LTAT iaitu Boustead Holdings telah jatuh lebih 67% selepas PRU14 apabila ekonomi negara merosot teruk.

Boustead Holdings yang merupakan aset terbesar LTAT mengalami kerugian besar sebanyak RM488 juta pada tahun 2018 berbanding keuntungan RM875 juta untuk tahun 2017 di bawah BN.

Seperti Khazanah Nasional, Boustead Holdings tidak pernah rugi selama 9 tahun saya menjadi PM.

Nilai saham aset kedua terbesar LTAT iaitu Affin Bank juga jatuh 30% sejak PRU14.

Sebab-sebab utama kenapa pendapatan dan dividen LTAT lembab, PH malu nak bagitau pulak.

Loading...

Leave a Reply