Portal berita terbaik anda

Viral

Letih ketika beranak, Olie akhirnya ‘pergi’ bersama tujuh ekor anak

Siapa yang ada kucing sahaja akan tahu perasaan kasih sayang dan macam mana sedihnya bila kehilangannya.

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai John Labu meluahkan kekesalan dan kesedihannya apabila kehilangan kucing peliharaannya, Olie ketika proses melahirkan anak akibat keletihan.

Kejadian itu mendapat perhatian dari Kelab Pencinta Haiwan dan dikongsi di laman Facebook mereka.

Menurut posting berkenaan, Olie pada mulanya menunjukkan tanda-tanda ingin melahirkan anak sebelum tiba-tiba menarik nafas panjang seterusnya tidak bergerak.

Awal-awal memang tak ada harapan…

Bimbang sesuatu yang buruk yang berlaku, penjaganya membawa Olie ke klinik haiwan. Malangnya, doktor memberitahu Olie gagal diselamatkan manakala peluang anak di dalam kandungannya untuk hidup pula 50-50.

Doktor berjaya menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan anak Olie tetapi kelapan-lapan anak kucing itu gagal juga diselamatkan walaupun pelbagai cara termasuk CPR dilakukan.

Penjaga Olie, John Labu gagal menahan sebak kerana impiannya untuk melihat anak-anak Olie tidak kesampaian.

Ramai yang bersedih dan sebak…

Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa sedih di atas pemergian Olie dan anak-anaknya.

Rata-rata mereka yang juga merupakan pencinta haiwan sempat berkongsi pengalaman kehilangan haiwan peliharaan maisng-masing selain berharap agar penjaga Olie tabah menghadapi dugaan dan berjumpa dengan pengganti Olie suatu hari nanti.

Loading...

Leave a Reply