Lelaki mohon maaf tulis komen jelik terhadap polis

Seorang individu tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menulis komen yang menjelikkan terhadap pasukan keselamatan itu berhubung insiden kemalangan di Tanjong Tokong, kelmarin.

Lelaki berusia 24 tahun itu hadir ke Balai Polis Balik Pulau, semalam untuk membuat laporan polis dan memohon maaf di atas tindakannya.

Terdahulu, tujuh individu direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung provokasi susulan kemalangan membabitkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang berlanggar dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, di sini, kelmarin.

Perintah reman hingga 21 Januari itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi.

Mereka berusia antara 23 hingga 45 tahun disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, selain Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.

Semua lelaki terbabit turut disiasat mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *