Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Lelaki maut tercampak keluar dari kenderaan akibat terlanggar lopak

SEORANG lelaki yang tercampak dari kenderaan pacuan empat roda di Batu 7, Jalan Apas, dekat Tawau, semalam, dilaporkan meninggal dunia pagi ini.

Mangsa, Ahmad Tang Bakri, 27, yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Sri Indah menuju ke pusat bandar.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dikatakan hilang kawalan dipercayai terlanggar lopak air di jalan raya sebelum terbabas ke pembahagi jalan.

“Keadaan hujan ketika itu menyebabkan Toyota Hilux dipandu mangsa terbalik lalu memasuki ke laluan bertentangan dan terhumban ke parit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya sebelum dibantu orang awam yang melalui kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pagi ini.

Peter berkata, kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, bumbung, cermin pintu hadapan pecah selain rim serta tayar belakang pecah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Loading...

Leave a Reply