Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Lelaki maut, isteri dan anak parah motosikal dilanggar lori

KLUANG – Seorang lelaki maut akibat dilanggar sebuah lori selepas motosikal ditungganginya melanggar seketul batu berhampiran pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 58.5 Jalan Batu Pahat – Mersing di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, ketika kejadian kira-kira 2 petang itu, Roslan Ishak, 64, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sembrong Lapis menghala ke bandar Kluang dengan menunggang motosikal bersama isteri dan seorang anaknya.

Katanya, sebaik sampai di lokasi, mangsa dikatakan melanggar seketul batu berhampiran pembahagi jalan sebelum motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Sebaik sahaja mangsa terbabas dan terjatuh ke atas jalan, sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 57 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa bersama isteri dan anaknya.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya yang berusia sembilan tahun dan isterinya berusia 62 tahun parah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hang Seng berkata, mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk proses bedah siasat 5 petang tadi manakala anak dan isterinya masing-masing masih dirawat di Zon Merah dan kuning di hospital sama.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar,” katanya

Loading...

Leave a Reply