Lelaki ‘kenduri kepala kambing’ telah ditahan polis?

Lelaki yang merakam video mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan, semalam khabarnya telah ditahan polis hari ini.

Beliau didakwa merakam video berdurasi 57 saat yang menunjukkan suasana di sebuah rumah di Langgar, Alor Setar yang didatangi orang ramai termasuk menikmati hidangan kepala kambing.

Sambil melemparkan kata-kata kesat, lelaki itu mempersoalkan isu kuarantin di rumah seperti yang disarankan kerajaan sejak perintah itu berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac ini.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, mengarahkan lelaki terbabit tampil ke balai berhampiran atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi membantu siasatan.

“Jangan main-main, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan untuk mengurangkan jangkitan wabak COVID-19 dan bukannya arahan sesuka hati.

“Kita minta orang ramai yang mengenali individu dalam video atau lelaki itu sendiri tampil secepat mungkin untuk membantu siasatan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply