Portal berita terbaik anda

Utama

Lelaki dikuarantin Covid-19 rosakkan peralatan hotel ditahan

SEORANG lelaki yang sedang menjalani kuarantin Covid-19 di sebuah hotel di sini, mencetuskan suasana kelam kabut apabila membakar botol cecair pembasmi kuman di lobi hotel itu, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian jam 9.15 pagi itu mencetuskan kebakaran kecil namun dipadamkan kakitangan hotel.

Beliau berkata, lelaki berusia 23 tahun itu yang baru kembali dari luar Sarawak menjalani kuarantin di hotel berkenaan sejak 2 Mei lalu.

“Lelaki itu sudah ditahan dan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dihubungi hari ini.

Sementara itu, sumber Pejabat Timbalan Ketua Menteri berkata, lelaki terbabit kini ditahan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki mengalami masalah mental.

Sebelum mencetuskan kekecohan di lobi hotel, lelaki terbabit merosakkan beberapa peralatan di bilik penginapannya.

Gambar keadaan bilik yang bersepah selain peralatan hotel yang rosak tular di laman sosial Facebook sejak semalam dan ia mencetuskan kemarahan netizen.

Rata-rata netizen kesal dengan perbuatan lelaki itu yang dianggap tidak bersyukur dikuarantin di hotel yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Loading...

Leave a Reply