Lelaki cuba bunuh polis ditangkap bersama 4 rakan

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis nyaris terbunuh apabila lelaki India yang bertindak mengundurkan kereta yang dinaiki dengan laju.

Kejadian itu berlaku pada jam 8.30 Jumaat lalu selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak melakukan pemantauan lalu lintas Op Covid di Jalan Country Homes menghala ke Kundang.

Tiba-tiba pasukan polis terlihat beberapa lelaki India sedang mengalihkan batu konkrit sekatan jalan raya di tempat tersebut, kata Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe.

Dengan keadaan yang mencurigakan, pihak polis telah mendekati dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.

Serentak itu, suspek seorang lelaki India telah melarikan diri dengan menaiki kereta Honda City.

Manakala tiga lelaki India yang menaiki kereta Perodua Alza putih pula bertindak mengundurkan kereta dengan laju dan melanggar salah seorang anggota polis yang berada lebih kurang 50 meter.

Dalam pergelutan tersebut, pihak polis akhirnya berjaya menangkap keempat-empat mereka.

Anggota polis tersebut mendapat cedera pada bahagian tangan dan seluruh badan serta motosikalnya mengalami kerosakan teruk dibahagian hadapan.

Arifai menambah, ketika tangkapan dan rampasan dilakukan, polis ternampak seorang lelaki India menaiki kereta sambil memegang telefon bimbit dan merakam video kejadian.

Lelaki berkenaan enggan memberi kerjasama dengan polis dan bertindak agresif.

Menurut Arifai, lelaki berkenaan juga ditangkap.

Kes itu kini disiasar di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dengan cubaan membunuh penjawat awam,menggalang penjawat awam dari melakukan tugasnya dan di bawah Peraturan 11 PPPPB sengaja telah tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharaan Kawasan Tempatan Jangkitan 2) 2020. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply