TINDAKAN seorang lelaki mengajak orang Melayu Islam mencuba daging babi telah mencetuskan rasa tidak senang netizen.
Lelaki yang menggunakan nama ‘Jacky Loi’ itu memuat naik status mengenai ajakan tersebut di Facebooknya dipercayai sebagai sindiran kerana orang Melayu Islam dilarang makan hidangan berasaskan babi.
Status berkenaan disifatkan bertujuan mempersenda dan tidak sensitif pada umat Islam itu dianggap keterlaluan oleh netizen.
Selain itu, hasil pemeriksaan pada Facebooknya mendapati lelaki itu turut menyunting gambar masjid dengan meletakkan lambang salib pada kubah dan menara masjid tersebut.
Berikutan itu, rata-rata pengguna Facebook meninggalkan komen dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab serta biadab selain menggesa pihak terlibat membuat permohonan maaf.
kunyah
delete post ini . lelaki in bukan nama Jacky Loi dia ialah indonesian :
https://www.instagram.com/kunyah_kunyah.id/?hl=en
Ada orang sengaja buat fake account ini mengunakan indonesia lelaki bernama kunyah_kunyah.id instagram gambar untuk menimbulkan isu perkauman
Eric
Cantik. Ni pasti kerja pihak pembangkang yang cuba ungkitkan isu perkauman semata mata nak rakyat benci kerajaan
cempedak busuk
Seromnok ke buat fitnah? tungulah balasannya.