Portal berita terbaik anda

Politik

Laungan takbir iringi pengumuman Muhyiddin sebagai PM

KUALA LUMPUR – Suasana di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin bertukar ceria sebaik masing-masing mendapat maklumat bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Penyokong dan Ahli Parlimen BERSATU dilihat saling berpelukan dan bersalaman sambil mengucapkan tahniah sesama mereka.

Turut kedengaran jeritan kegembiraan, sebelum disusuli laungan takbir serta linangan air mata beberapa individu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang tiba di kediaman itu ketika maklumat kemenangan Perikatan Nasional mula diperoleh, hanya tersenyum, namun enggan memberi sebarang komen.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Perkara itu diputuskan baginda selepas mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Loading...

Leave a Reply