Portal berita terbaik anda

Utama

Larangan merokok di restoran, warung mulai 1 Januari 2019

SUNGAI PETANI — Larangan merokok di semua jenis restoran dan premis makanan dikuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan, kata Dr Lee Boon Chye.

Timbalan menteri kesihatan berkata arahan itu turut melibatkan warung tepi jalan, premis di kawasan awam dan bangunan kerajaan, lapor Berita Harian.

“Kita sedar arahan ini sudah lama wujud namun hanya membabitkan restoran-restoran tertentu sahaja,” kata ahli parlimen Gopeng di sini hari ini.

“Kali ini, semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka perlu mematuhi arahan ini bermula tahun depan”.

Katanya, tindakan dikenakan terhadap perokok dan premis yang ingkar Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983.

Beliau berkata kerajaan tidak berkompromi mengenai kesihatan rakyat sekalipun berdepan bantahan pelbagai pihak khususnya perokok dan pengusaha restoran.

Loading...

Leave a Reply