Portal berita terbaik anda

Utama

Langit bertukar hitam, penduduk Sungai Petani ‘bergelap’

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam meramalkan hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda seluruh negara pada minggu ini berikutan bermulanya fasa peralihan monsun.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon menyifatkan hujan dan ribut petir memang lumrah atau biasa berlaku semasa musim peralihan monsun.

Hari ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan keadaan langit yang berwarna sehingga menyebabkan kawasan di sekitar bertukar gelap walaupun hari masih siang.

Menurut Mohd Aswan, kejadian yang berlaku di Sungai Petani, Kedah itu begitu menggerunkan dan dia berdoa agar para penduduk dijauhi dari segala bencana yang bakal tiba.

Terdahulu, kejadian ribut dan belalai darat yang melanda Jitra semalam telah menyebabkan sebanyak 29 keluarga di lima kampung terpaksa menumpang di rumah jiran dan ahli keluarga berdekatan selepas rumah mereka rosak akibat kejadian tersebut.

Video penduduk kampung melaungkan azan ketika bencana itu berlaku turut tular di media sosial sehingga mendapat lebih 80,000 tontonan.

Loading...

Leave a Reply