Portal berita terbaik anda

Utama

‘Asalkan orang lain selamat’ – Lando Zawawi & Brotherhood turap jalan guna duit sendiri

Isu jalan raya rosak teruk dan berlubang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen sejak kebelakangan ini.

Rata-rata mereka meluahkan rasa tidak puas hati  terhadap pihak berwajib kerana kurang proaktif dalam menangani masalah ini.

Dalam pada itu, artis dan juga pelakon, Lando Zawawi bersama Ikatan Silaturahim Brotherhood merupakan antara individu dan juga kumpulan yang sudah lama memperjuangkan isu jalan berlubang ini yang menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Turap jalan berlubang sejak 2007

Bergerak secara aktif sejak 2007 bersama kumpulan terbabit, Lando giat sebagai seorang aktivis dan menjalankan kerja-kerja amal menurap jalan raya rosak dan berlubang di lokasi yang tertentu.

Menurut Lando, ribuan lubang atas jalan raya telah dibaik pulih dan modal yang digunakan adalah daripada duit poketnya sendiri tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

“Kami di sini hanya untuk satu benda, iaitu memastikan jalan raya lebih selamat. Saya pembayar cukai, dan mereka semua juga pembayar cukai.” ujar Lando kepada wartawan Joshua Lim.

Menurut Lando lagi, kerja-kerja yang beliau lakukan bersama kumpulan terbabit tetap perlu dilakukan walaupun ia bukan satu kewajipan.

Hal ini kerana ramai terdapat mangsa yang sehingga meninggal dunia akibat lubang atas jalan raya.

Dalam pada itu, Lando turut menjelaskan beliau tidak mengharapkan sebarang balasan di atas kerja-kerja sukarelawan itu.

Hampir setiap malam tampal jalan

Tambah Lando lagi, dia bersama-sama kumpulan tersebut melakukan kerja menampal jalan di beberapa negeri hampir setiap malam.

Menurutnya, bajet bagi sesebuah tampalan menggunakan campuran sejuk asphalt dan membran bitumen itu adalah lebih kurang RM100.

Sementara itu, Lando turut menyuarakan harapannya agar pihak berwajib mengambil tindakan proaktif terhadap isu tersebut.

Baginya, beliau tidak mampu melakukan kerja baikpulih secara sukarelawan itu selama-lamanya.

Ikatan Silaturrahim Brotherhood atau ‘The Brotherhood’ mempunyai sebanyak 54 kumpulan dan terdiri daripada 10,500 ahli di seluruh negeri.

Kumpulan yang ditubuhkan oleh Lando tersebut mula beroperasi menjalankan kerja sukarelawan sejak lebih sedekad lagi.

Loading...

Leave a Reply