Portal berita terbaik anda

Viral

Lamaran di stadium, kisah Shinna dan Roshan bukti ICERD tak releven di Malaysia

Kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menumpaskan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu menggembirakan hati seluruh penyokong skuad Harimau Malaysia sekaligus mara ke peringkat separuh akhir bertemu Thailand.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, tular kisah seorang lelaki India melamar kekasihnya di hadapan ribuan penonton ketika rehat separuh masa pertama yang turut dipancarkan melalui skrin gergasi di stadium.

Video lamaran itu telah dimuat naik oleh Instagram rasmi, AFF Suzuki Cup.

 

View this post on Instagram

 

Was love in the air at half-time at Bukit Jalil?? Watch and find out.. 🤞🏻❤ 💍 #AFFSuzukiCup18 #TimeToShine

A post shared by AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) on

Cinta Roshan dan Shinna tanda perpaduan kaum

Lelaki yang dikenali sebagai Roshan itu telah melamar Shinna, seorang gadis berketurunan Cina. Lamaran itu telah menarik perhatian ramai dengan menyifatkan idea lamaran daripada jejaka tersebut sebagai perkara yang menyentuh hati dan sweet oleh netizen.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan ia sebagai bukti keutuhan perpaduan kaum di negara ini.

Peminat bola sepak kebangsaan

Rupa-rupanya Roshan dan Shinna merupakan peminat tegar pasukan bola sepak kebangsaan.

Malah Roshan sendiri kerap memuat naik info mengenai perlawanan Harimau Malaysia selain turut membawa Shinna menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Laos tempoh hari.

Hubungan cinta direstui keluarga

Walaupun berbeza bangsa, hubungan cinta antara Roshan dan Shinna mendapat restu dari keluarga kedua-dua belah pihak.

Roshan mahupun Shinna juga sering dijemput menghadiri majlis keuarga masing-masing.

Percintaan mereka ini menggambarkan asimilasi budaya antara kedua-dua kaum, seterusnya menepis isu perkauman yang hangat diperkatakan sejak kebekalangan ini.

Bercinta sejak zaman universiti

Loading...

Leave a Reply