Lagi video orang awam tembak anjing tular, netizen beri pendapat berbeza

Sepertimana yang kita tahu, kebanyakan anjing liar yang berkeliaran di kawasan kampung sering mengganggu tanaman dan haiwan peliharaan penduduk

Namun, itu bukanlah permit untuk kita senang-senang membunuh haiwan liar itu. Anjing juga adalah makhluk Tuhan dan patut dilindungi.

Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter video lelaki warga emas kelihatan sedang menembak anjing yang bermain di kawasan rumahnya.

Lebih menyedihkan, lelaki yang digelar lebai itu menembak ibu anjing serta lima ekor anaknya.

Perbuatan lelaki itu sangat tidak wajar kerana membunuh haiwan seperti itu tidak sepatutnya berlaku

Menurut kapsyen di video tersebut, dia bukan saja-saja bertindak menembak anjing di rumahnya, tetapi kerana anjing itu bermain di atas beranda rumah dan anaknya terpaksa menyental lantai.

Sementara itu, netizen berbalah di laman sosial kerana ada pihak yang menyokong tindakan lelaki berkenaan.

Susulan tularnya video tersebut yang mendapat perhatian serta mencetuskan perbalahan pendapat dalam kalangan netizen, ramai yang tidak setuju dengan tindakan lelaki itu menembak anjing kerana mereka hanyalah haiwan dan tidak mampu berfikir seperti manusia.

Ada juga yang berkata anjing liar di kawasan kampung mereka selalu memakan haiwan ternakan seperti kucing, arnab dan kambing. Mereka faham akan situasi yang dihadapi lelaki itu sehingga mereka bertindak menembak anjing-anjing tersebut.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *