Portal berita terbaik anda

Utama

Lagi restoran dekorasi komunis dikesan di Johor Bahru

Tidak sampai 24 jam viral dua buah restoran di Pulau Pinang yang memaparkan dekorasi berunsur komunis menjadi kecaman ramai, hari ini sebuah lagi restoran dikesan di Johor Bahru menjadikan imej yang sama sebagai dekorasi premis perniagaan.

Lukisan besar yang terpapar pada papan tanda dan dinding restoran memperlihatkan imej Revolusi Kebudayaan China termasuk wajah pemimpin agung Komunis China, Mao Tze Tong.

Menerusi perkongsian pemilik laman Facebook Putra Nor Fikri, Restoran Austin Steambot yang terletak di 83 Jalan Mutiara Emas 10/19 Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor turut memaparkan para pekerja berpakaian seperti tentera China semasa era Mao Tze Tong lengkap dengan topi berbucu tiga dan bintang merah di laman media sosial restoran terbabit.

Terdahulu, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik sebuah restoran di Georgetown, Pulau Pinang menghiasi gambar semasa era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung gambar poster terbabit pada dinding dua buah restoran makanan milik lelaki tempatan berusia 41 tahun.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati restoran yang diselia lelaki terbabit beroperasi di daerah Pulau Tikus di Timur Laut dan Auto City di Juru, Seberang Perai Tengah.

“Kita akan mengambil keterangan daripada pengusaha premis tersebut yang kini sedang menjalani kuarantin COVID-19 selama 14 hari.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 44 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Loading...

3 Comments

  1. Dr.Haji.

    Jika Malaysia terlalu sensitif dengan komunisme maka beritahu awal-awal lagi. Inilah bahayanya. Apabila ‘kawan’ dan ‘lawan’ sudah tidak tahu membezakan. Bahaya besar di hadapan kita.

  2. umum dah tahu awal2 bahawa PKM telah lama diharamkan di Malaya. Ini padah tak diajar betul2 buku sejarah tanah air di sekeloh2 rendah, sekolah menengah dan Universiti.

  3. Umum dah tahu bahawa PKM telah lama diharamkan di Malaya. Ini padah tak diajar betul2 buku sejarah tanah air di sekeloh2 rendah, sekolah menengah dan Universiti.

Leave a Reply