Portal berita terbaik anda

Viral

Lagi kes akaun bank digodam, duit lebih RM4,000 hilang sekelip mata

Lagi kes akaun bank pengguna digodam. Kali ini, ia melibatkan kerugian lebih RM4,000 yang mana modus operandinya juga hampir sama.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Qazreen Qazz, dia menerima mesej bertalu-talu yang memaklumkan wang simpanannya ‘dipindahkan’ ke akaun Paypal individu yang tidak dikenali.

Qazreen kemudiannya menghubungi pihak bank tetapi kecewa kerana bank hanya mampu ‘block’ kadnya sahaja menyebabkan dia kerugian antara RM4,000 hingga RM5,000.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

Selama ini aku tengok orang lain kena. Well, now it’s on me la kan. CIMB CLICKS kena kat aku. Terduduk, RM4,000 lebih lebur macam itu saja.

Sila berhati-hati dalam transaksi online. Kalau boleh, tak payahlah guna apps bank itu. Serupa tahi. Kalau terkena, mohon call bank dengan kadar segera walaupun selalunya dah terlambat.

In my case, memang terlambat dah. Masa transaksi itu berlaku, dapat sms. Aku call CIMB on the spot, still message masuk bertalu-talu memaklumkan duit kena sedut.

Pihak bank hanya boleh block your card je. So I lost almost 4,000-5,000 hari ini. Kelabu mata aku. Blank otak sekejap. My future is riding on this money.

Sumber: Qazreen Qazz

Loading...

Leave a Reply