Lagenda badminton Indonesia, Markis Kido meninggal dunia

JAKARTA – Bekas atlet badminton Indonesia yang pernah meraih pingat emas Olimpik 2008, Markis Kido dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung hari ini.

Khabar berkenaan disampaikan bekas pegawai perhubungan awam Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia, Yuni Kartika kepada CNNIndonesia.com.

“Benar Markis Kido sudah meninggal dunia. Tidak tahu penyakit sebenar,” kata Yuni.

Yuni berkata, pemain berkenaan yang berusia 37 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Tangerang dekat Jawa.

Markis Kido pernah meraih emas di Olimpik Beijing ketika berpasangan dengan Hendra Setiawan.

Selain itu, pada 2007 Markis menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Kuala Lumpur Malaysia selaijn emas Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. – AGENSI

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *