Portal berita terbaik anda

Utama

Kurus hingga nampak tulang, kanak-kanak Yaman dilanda kebuluran

Perang di Yaman yang memasuki tahun keenam menyaksikan keadaan yang paling dahsyat dan tragis ketika ini.

Menurut PBB, kira-kira 10,000 orang awam namun jumlah sebenar kematian dianggar lebih tinggi. Malah, lebih tujuh juta kanak-kanak berdepan ancaman kebuluran dan kekurangan zat yang serius.

Video dan gambar yang disebar di media sosial membuktikan betapa teruknya keadaan yang sedang melanda negara tersebut.

Menerusi video yang dikongsi di Twitter, kelihatan sekumpulan kanak-kanak yang kurus kering sehingga menampakkan tulang masing-masing.

Lebih menyedihkan, penderitaan mereka seolah-olah tidak mendapat perhatian masyarakat dunia sedangkan mereka juga seperti kanak-kanak lain memerlukan makanan berkhasiat untuk meneruskan kehidupan.

Netizen pula hanya mampu mengirimkan doa selain mengutuk tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang hanya mendiamkan diri melihat kekejaman yang berlaku di sana.

Loading...

Leave a Reply