Portal berita terbaik anda

Utama

Kuasa tular media sosial, cili habis dijual kurang 24 jam

Status pelayar Twitter meminta pertolongan kepada orang ramai untuk membeli cili hijau susulan ladang cili bapa saudaranya musnah akibat banjir di Kuang, Sungai Buloh membuahkan hasil.

@nr_lyaaa, memuat naik gambar cili hijau fertigasi yang sudah matang namun belum sempat dijual gara-gara banjir di kawasan tersebut.

Tulisnya, “Assalamualaikum, pak cik saya memerlukan pertolongan kilat. Ladang cili yang diusahakan di Kuang, Sungai Buloh musnah akibat banjir.

“Ini adalah percubaan pertama pak cik saya dan cili-cilinya belum sempat dijual dan sudah masak. Dia terpaksa jual murah dan saya seru bantuan kalian.”

Bagaimanapun, kuasa tular membantu mereka dan cili berjaya dijual dalam tempoh kurang 24 jam.

“Pada yang bertanya, maaf cili sudah habis dijual. Terima kasih, doakan pak cik saya tabah dan tak putus asa di masa hadapan.

“Alhamdulillah, terima kasih juga pada yang membantu menyumbangkan Retweet (RT). Kepada yang membeli, semua cili habis terjual. Terima kasih kamu semua dah permudahkan urusan pak cik saya,” ciapnya.

Pada hantaran yang sama netizen tidak putus-putus membantu ulang ciap status @nr_lyaaa.

“ALLAH, mak cik suka cili hijau ni tapi jauh lah pula nak turun borong ni… mak cik ‘retweet’ saja lah. Semoga ALLAH mudahkan dan ada rezeki pakcik awak dik,” ciap @ROSLIDAR.

Kata @MZahrol,”Tak makan cili sangat, takpe aku RT jela eh,” katanya.

Sementara itu, netizen memuji kualiti cili itu kerana saiznya yang besar.

Loading...

Leave a Reply