Portal berita terbaik anda

Utama

KSU lantikan zaman PH benarkan kilang arak beroperasi ketika PKP

Sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad yang memberi pengecualian kepada syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi tular di media sosial.

Dalam surat bertarikh 31 Mac, Hasnol Zam Zam membenarkan syarikat pembekal bir itu beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), susulan permohonan yang dibuat pada 24 Mac.

Ketika dihubungi sumber Heineken mengesahkan ketulenan surat itu.

“Berhubung permohonan tuan/puan pada 24 Mac 2020, setelah meneliti dan menyemak yang dikemukakan kementerian mendapati permohonan tuan/puan memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai operasi sektor pembekalan makanan di bawah PKP.

“Sehubungan itu, kementerian mengesahkan dan bersetuju bahawa aktiviti perniagaan tuan/puan boleh dibuka bagi memastikan pembekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh PKP. Pengesahan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat seperti lampiran A,” katanya dalam kandungan surat tersebut.

Untuk rekod, Hasnol Zam Zam dilantik sebagai KSU kementerian pada 1 Februari lalu iaitu ketika Pakatan Harapan (PH) masih memerintah negara ini.

PKP dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Pada mulanya ia berakhir pada 31 Mac tetapi Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melanjutkannya sehingga 14 April ini.

Sepanjang PKP, perniagaan dan perkhidmatan kategori tidak penting mesti ditutup sementara orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah atas urusan penting, antaranya untuk membeli barang makanan.

Loading...

Leave a Reply