Portal berita terbaik anda

Viral

Kronologi isu penindasan McDonald’s Malaysia terhadap francaisi

Kelmarin Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan sidang media susulan tersebar siri video, “Membongkar Sisi Gelap McDonalds Malaysia Part I” yang turut mengaitkan PPIM.

Mungkin ramai terlepas isu yang didedahkan berkaitan McDonalds Malaysia. Admin bagi kronologi ringkas video sisi gelap McDonalds Malaysia.

14 Januari 2019

Video “Membongkar Sisi Gelap McDonalds Malaysia Part I” mula disiarkan oleh aktivis media sosial Yuseri Yusoff.

Memaparkan tiga kesalahan yang melanggar Akta Francais Malaysia 1998 dilakukan oleh McDonalds Malaysia.

Link :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2100062983385898&id=100001466497404

15 Januari 2019

Teaser “Membongkar Sisi Gelap McDonalds Malaysia” disiarkan dalam laman Facebook Yuseri Yusoff. Video itu memberi bayangan isu lebih panas untuk episod akan datang.

Link :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2101628496562680&id=100001466497404

17 Januari 2019

8.00 pagi – Yuseri Yusoff menyiarkan video “Extremely Urgent” kepada pihak McDonalds Malaysia untuk menjawab notis dari peguam yang mewakili McDonalds Malaysia.

Link :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2103998346325695&id=100001466497404

12.00 tengah hari – PPIM tampil mengadakan satu sidang media mengesahkan ada menerima aduan tapi tidak dapat buat apa-apa kerana perlu campur tangan kementerian dan turut menafikan dakwaan “kawtim” dengan McD bagi menutup kes dan aduan.

18 Januari 2019

Yuseri Yusoff mengeluarkan draft surat yang akan dihantar kepada peguam McDonalds Malaysia.

Link :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2105610409497822&id=100001466497404

Pihak McDonalds Malaysia dan kementerian berkaitan masih belum tampil menjawab isu yang timbul.

Untuk rekod tiga tahun lepas McDonalds Malaysia pernah diboikot besar-besaran kerana isu memberi dana kepada Yahudi Zionis.

– KCA

Loading...

Leave a Reply