Kos lawatan Mahathir ke luar negara RM20.9 juta

KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan RM20.9 juta bagi membiayai kos lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke luar negara sejak Jun 2018 hingga bulan lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Liew Vui Keong, berkata perbelanjaan itu adalah bagi 30 lawatan Perdana Menteri dan pegawai kerajaan yang turut serta seperti yang diluluskan Jemaah Menteri.

“Perbelanjaan terperinci bagi keseluruhan lawatan rasmi ke luar negara yang dibuat Perdana Menteri bermula Jun 2018 hingga September 2019 adalah berjumlah RM20,964,289.24,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Noraini meminta Perdana Menteri menyatakan kos dan hasil lawatan Perdana Menteri ke luar negara dan beberapa jumlah terkini pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke dalam negara.

Pada Julai lalu, kerajaan dilaporkan membelanjakan lebih RM14 juta bagi membiayai 22 lawatan Perdana Menteri ke luar negara dan pegawai kerajaan yang turut serta sejak Jun 2018.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *