Portal berita terbaik anda

Utama

Koronavirus: Bapa dan adik dikuarantin, remaja cerebral palsy mati di rumah

BEIJING – Seorang remaja China yang menderita penyakit cerebral palsy ditemui meninggal berseorangan di rumahnya di Ann dekat wilayah Hubei selepas enam hari bapa dan adik lelakinya dikuarantin di sebuah pusat rawatan novel coronavirus.

Yan Cheng, 17, bapanya, Yan Xiowen, 49, dan adiknya, 11, pulang ke kampung halaman mereka di Huahe pada 17 Januari lalu.

Sebelum itu mereka tinggal di ibu kota Hubei kerana Yan Xiowen bekerja di sana.

Bagaimanapun, pada 24 Januari lalu, Yan Xiowen dan anak bongsunya yang juga pengidap autism telah dikuarantin di sebuah rawatan selepas menunjukkan simptom-simptom jangkitan virus terbaharu yang bermula dari Wuhan, China itu.

Yang Chen bagaimanapun ditinggalkan berseorangan di rumah.

Ibu remaja berkenaan dilaporkan telah lama meninggal akibat membunuh diri selepas kelahiran anak bongsunya.

Untuk makluman, cerebral palsy adalah satu masalah neurologi yang disebabkan oleh kerosakan otak dan menyebabkan seseorang itu tidak boleh bergerak dan mengekalkan keseimbangan dan postur.

Bimbangkan anaknya yang berseorangan di rumah, Yan Xiowen merayu meminta bantuan menerusi laman sosial Weibo pada Selasa namun malangnya Yan Cheng ditemui mati sehari kemudian.

Pegawai kampung berkenaan mendakwa Yan Cheng diberi makanan pada 24 dan 25 Januari lalu dan dirawat oleh seorang doktor di kampung berkenaan pada 28 Januari.

Kematian Yan Cheng disahkan oleh pegawai kerajaan Huahe dan katanya, siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan.

“Tidak masuk akal untuk meninggalkan seorang anak yang menghidap cerebral palsy berseorangan di rumah.

“Tetapi apa pun, remaja tersebut telah meninggal dunia dan pihak berkuasa tertinggi akan membuat siasatan dan akan memberi penjelasan,” kata pegawai berkenaan seperti yang dilaporkan oleh Beijing Youth Daily.- MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply