Portal berita terbaik anda

Viral

Kluster Mek Semek: Demi rindu membara, perantau balik kampung ‘hadiahkan’ Covid-19 kepada mak ayah

Hari ini hari paling sedih (dah banyak kali sedih sebenarnya sejak Covid-19 mengganas) tapi hari ini sedihnya sangat luar biasa.

Bila saya melalui bilik-bilik isolasi di wad Covid – wajah-wajah sayu warga emas yang dijangkiti Covid memenuhi setiap bilik. Ada pula yg sedang bertarung nyawa di ICU.

Cari punya cari puncanya di mana rupa-rupanya ada anak salah seorang warga emas ini yang namanya Mek Semek (bukan nama sebenar) yang bergejala pulang dari zon merah di Pantai Barat sana.

Mek Semek pulang ke Kelantan dengan kerinduan membara.. melawat, memeluk ibunya si warga emas (walaupun bergejala dan menganggap ini “demam & selsema biasa”) tanpa memikirkan risiko yang dia mungkin membawa Covid.

Ibu Mek Semek dijangkiti, dan ibu Mek Semek pula menjangkiti ramai lagi rakan-rakan seusianya  tanpa sedar (apa la orang tua tahu kan).

Mek Semek pula berkumpul adik-beradik dan adik Semek, anak sedara Semek, ipar duai Semek habis turut dijangkiti.

54 kes baharu dan lebih separuh adalah warga emas yang berisiko, diabetes, sakit buah pinggang, darah tinggi membuat kami tidak senang duduk!

ICU mula standby sebab dah dapat agak akan ada yang terpaksa dirawat akibat komplikasi dan setiap hari sejak 3 hari lepas ada sahaja yang terpaksa dihantar ke ICU.

Dan melihat pesakit-pesakit kami yang menangis bila call anak-anak untuk memberi khabar duka dijangkiti Covid-19 yang tak mengenal mangsa.

Luluh hati kami terbayangkan ibu-bapa masing-masing.

Tak tahu dah nak cakap apa dan plan saya nak cuti 2 hari esok & lusa terpaksa dilupakan (plan asal nak bercuti di depan komputer je pun sambil tengok Netflix dan menghirup udara yang segar dalam rumah).

Kami berazam akan menyantuni pakcik dan makcik yang diuji ini.

Semoga pahala buat mereka dalam menghadapi ujian Allah.

Semoga Allah melindungi kita dan keluarga dari wabak Covid-19 dan musibah.

Oh Mek Semek.. Semek oh Semek..

Malas dah nak cakap pasal SOP. Semua dah tahu tapi buat-buat tak tahu. Roger & out

Loading...

Leave a Reply