Portal berita terbaik anda

Utama

KKM kesan kluster baharu, libatkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur

SERAMAI 28 warga asing disahkan positif Covid-19 sekali gus mewujudkan kluster baharu dipanggil kluster pembinaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan siasatan di tapak pembinaan dan mengesan kaitannya dengan kluster lain.

“Individu dijangkiti didapati tinggal sekali dalam apartment, mungkin jangkitan daripada kluster lain.

“Jadi kita masih jalankan siasatan ada kaitan dengan kluster perhimpunan Sri Petaling berikutan ada antara mereka yang hadir tetapi sudah lama sangat,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan sama ada boleh atau tidak dikaitkan kluster baharu ini dengan jangkitan pasar borong berikutan ada rakan serumah mereka bekerja di situ selain kemungkinan juga kluster Kampung Baru.

“Tetapi setakat ini kita masih tak dapat bukti kukuh untuk kita kaitkan kluster ini dengan kluster pasar borong atau Kampung Baru, jadi kita namakan kluster pembinaan.

“Semalam (kelmarin), tiada pertambahan kes baharu dan setakat ini kita ada 28 kes bukan warganegara yang bekerja di tapak pembinaan Kuala Lumpur,” katanya.

Loading...

Leave a Reply