Portal berita terbaik anda

Viral

‘Kita jumpa di syurga ye Adam’ – Anak meninggal secara tiba-tiba, luahan lelaki ini meruntun jiwa

PERIT untuk ditelan, namun itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang bapa yang baru sahaja kehilangan anak kesayangannya awal bulan ini.

Luahan bapa ini telah membuatkan ramai yang turut bersedih di atas pemergiaan bayi comelnya itu, tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang bapa menguruskan sendiri jenazah anak kecilnya itu.

Mohd Firdaus Mohd Anuar menerusi laman Facebooknya SiputSedut GorengTepung hanya berkesempatan menikmati bahagia selama setahun lebih apabila anaknya itu pergi buat selama-lamanya.

Seminggu sebelum kamu pergi, bukan main manja lagi dengan ayah

“Kamu nampak sangat ceria selera makan kamu banyak..bila ayah tanya kamu sayang ayah tak? kamu cium ayah berkali-kali sampai ibu gelak, sebab kamu cium pipi ayah tak berhenti.”

Tiba-tiba ayah terdetik nak lipat khemah kamu

“Seminggu sebelum kamu pergi tinggalkan ayah dan ibu, ayah pun tidak tahu kenapa terdetik hati nak lipat khemah yang kamu selalu main.”

Kamu suka sangat bila ayah peluk dan suka baring atas ayah

Tapi sekarang ayah dah tak rasa semua tu

“Waktu ibu kejutkan kamu bangun pagi, bibir kamu biru, badan kamu lemah longlai dan kaku tak bergerak ayah dan ibu dah mula risau terus bawak kamu ke hospital.”

Wangi sangat bau kamu masa kamu pergi

“Lepas setengah jam doktor mencuba, kamu tak dapat diselamatkan ayah sedih sangat, ayah angkat dan cium kamu wangi sangat ya Allah, sedangkan kamu belum sempat ibu mandikan.”

Hari ini Adam balik jumpa atuk untuk kali terakhir

“Nenek minta atuk istighfar, ayah sedih sebab kamu cucu kesayangan dia yang disebut setiap hari, sehari sebelum kamu pergi ayah sempat video call atuk dan nenek, terngiang2 telinga ayah..atuk tanya Adam bila nak balik kampung, hari ni adam balik tapi adam balik dalam keadaan tak bernyawa.”

Adam tunggu ayah dan ibu dekat syurga yer

“Bermainlah kamu di syurga wahai putera kesayanganku, semoga pemergianmu menjadi 1 syafaat untuk membantu kedua ayah & ibumu satu hari nanti.”

Al-Fatihah..

Muhammad Adam Haadif
31/7/17-12/2/19
Kasih Ibu Sampai Ke Syurga
Kasih Ayah Kekal Selamanya..
InsyaAllah..

Loading...

1 Comment

  1. sharom

    beruntung kalau ada anak meninggal baby sebab itulah rahmat paling agong kerana dia lah yang memberi safaat di akhirat nanti

Leave a Reply