Portal berita terbaik anda

Utama

Kit Siang mahu Zakir Naik berambus dari Malaysia

KUALA LUMPUR – Pendakwah antarabangsa Zakir Naik perlu meninggalkan Malaysia secara sukarela kerana kehadirannya di negara ini boleh mencetuskan ketidakstabilan selain mencetuskan ketidakharmonian dalam ‘keluarga’ besar Malaysia.

Penasihat DAP. Lim Kit Siang berkata, beliau menyokong saranan yang ditulis oleh peguam Anas Zubedy yang mahukan pendakwah kontroversi itu keluar dari negara ini secara sukarela.

Kit Siang melalui tulisan di blognya hari ini bersetuju dengan empat sebab yang ditulis oleh Anas kenapa Zakir perlu keluar dari negara ini.

Memetik tulisan Anas, kata Kit Siang yang pertama ialah kehadiran Zakir mencetus pergaduhan dalam `keluarga’ iaitu analogi yang diberikan oleh Anas merujuk kepada keharmonian kaum dan agama di negara ini terjejas ekoran kaedah dakwah yang digunakan oleh Zakir.

“Menggunakan analogi keluarga, Anas berkata situasi di Malaysia seperti seorang ahli keluarga yang lebih tua membawa kawan untuk tinggal di rumah tetapi adik beradik yang lain menentang. Ini mencetuskan suasana tidak bahagia dan tegang antara keluarga.

“Saudara yang lebih tua tidak gembira bahawa adik beradik yang lain tidak menghormati pendapatnya sementara yang lain merasa yang tua tidak sensitif dengan keperluan dan perasaan mereka. Situasi menjadi lebih rumit.

“Tidak elok untuk ahli keluarga yang membawanya tinggal bersama untuk menyuruhnya keluar kerana itu sangat bukan cara rakyat Malaysia. Zakir perlu melalakukannya secara sukarela dan memudahkan pihak yang menjemputnya,” tulis Kit Siang dalam blognya.

Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Anas, kata Kit Siang ialah kehadiran Zakir di Malaysia memberi kesan negatif kepada bukan Islam terhadap Islam.

Sebab yang ketiga ialah debat perbandingan agama tidak berkesan di Malaysia kerana di Malaysia bukan Islam tidak dibenarkan membalas hujahan apabila penceramah Islam berceramah.

Alasan keempat yang diberikan oleh Anas seperti yang dipetik oleh Kit Siang ialah kehadiran Zakir hanya memperlahankan pemulihan politik di Malaysia. – UTUSAN ONLINE.

Loading...

Leave a Reply