Portal berita terbaik anda

Utama

Kit Siang berjasa kepada Malaysia, Zakir Naik tidak

Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menganggap gesaan Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari agar Lim Kit Siang keluar dari Malaysia kerana “gagal memahami Perlembagaan Persekutuan” sebagai “melucukan”.

“Tiada sebab langsung untuk Lim meninggalkan negara ini. Beliau ialah warga Malaysia yang banyak menyumbang selama 50 tahun berkhidmat untuk negara, tidak seperti Zakir yang bukan seorang warga dan mencetuskan kontroversi untuk terus kekal di sini walaupun dikehendaki di India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramkarpal berkata Lim hanya bersetuju dengan saranan penulis Anas Zubedy agar Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.

“Saya juga telah menggesa agar Zakir diekstradisi ke India atas sebab undang-undang.

“Adakah Anas Zubedy dan saya juga termasuk dalam senarai Ahmad Fadhli sebagai mereka yang patut tinggalkan negara ini?” soalnya.

Beliau berkata Ahmad Fadhli patut melihat isu utama iaitu hakikat bahawa Zakir dikehendaki oleh pihak berkuasa di India.

Kaedah dakwah Zakir yang lazimnya membandingkan agama Islam dengan agama lain ada kala mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat bukan Islam.

Beliau mendapat status penduduk tetap beberapa tahun lalu dan dikehendaki oleh pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang haram.

Pada 31 Julai lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan isu Zakir ibarat “ditelan mati emak, diluah mati bapa” dan meyebabkan Malaysia dalam keadaan serba salah.

Ketika temu bual bersama rangkaian berita antarabangsa dari Turki, TRT World, Mahathir berkata personaliti seperi Zakir tidak sesuai di Malaysia yang didiami penduduk berbilang kaum, tetapi pada masa sama tidak banyak negara lain yang mahu menerimanya.

Zakir yang kini bertaraf penduduk tetap Malaysia sedang berdepan dakwaan pengubahan wang haram bernilai lebih 1.93 bilion rupee (RM115.66 juta) “hasil jenayah di India dan di luar negara”.

Akhir bulan lalu, Interpol menolak permohonan kerajaan India untuk memasukkan Zakir dalam notis merahnya, dalam usaha membawanya kembali ke India untuk dibicarakan di mahkamah.

Loading...

1 Comment

  1. Inbachudar Muthuchandran

    Zakir Naik perlu di Ekspotkan ke Negara Asalnya INDIA

Leave a Reply