Portal berita terbaik anda

Viral

Pernah ditertawa jual susu, pengusaha Farm Fresh bangkit raih ratusan juta ringgit setahun

Sewaktu mula berkecimpung dalam dunia keusahawanan 10 tahun dahulu, pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa ditempuh pengasas produk tenusu terkenal Farm Fresh sehingga akhirnya berjaya dikenali ramai seperti sekarang.

Menerusi Facebook, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal ada berkongsi mengenai kisah perjalanan beliau sebagai usahawan yang memulakan bisnes secara kecil-kecilan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut Azmi, beliau bermula dengan 60 ekor lembu sebagai permulaan bisnes dengan membeli susu dari penternak dan menghantar stok ke seluruh negara menggunakan bas ekspres.

Azmi berkata, beliau melakukan jualan ke kedai-kedai runcit sebelum mengorak langkah ke pasaraya-pasaraya besar.

Malah pada waktu malam pula, beliau akan membuat jualan susunya di pasar malam.

Kesusahannya tidak mematahkan semangat walaupun sering ditertawakan dan dipandang rendah oleh orang sekeliling.

Pengalaman mengajar beliau erti kesusahan. Disebabkan perkara itu, beliau mengambil inisiatif untuk menjadi penaja utama program realiti nyanyian Gegar Vaganza dan melakukan sumbangan untuk penggiat seni yang sudah lama tidak muncul dalam industri.

Loading...

Leave a Reply