Portal berita terbaik anda

Viral

Kes ustazah dipaksa merangkak selesai, ibu murid tampil mohon maaf

Isu ustazah dipaksa merangkak di dalam kelas oleh ibu murid dianggap selesai selepas wanita terbabit tampil memohon maaf, hari ini.

Difahamkan, ustazah yang mengajar di Madrasah Ad Diniah Islamiah, Bagan Datuk, Perak itu tidak menyimpan dendam dan memaafkan perbuatan wanita terbabit.

Menurut laman Facebook Bagan Datuk Kini, ibu kepada murid itu hadir sendiri ke sekolah bagi menyelesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga.

Bagaimanapun, peguam Nurhidayaty Maidin menggesa pihak sekolah agar tidak mengambil mudah kejadian tersebut dan mahu wanita terbabit menandatangani surat aku janji supaya kejadian itu tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Beliau berkata, perbuatan wanita itu cukup memalukan dan tidak boleh diselesaikan dengan hanya sekadar meminta maaf.

“Saya hormati keputusan guru dan sekolah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara baik dan tidak mahu berpanjangan.

“Namun sebagai pengajaran supaya insiden ini tidak berulang, saya telah mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani oleh si ibu.

“Jangan sekadar ucapan maaf seperti musim raya. Perlu disertakan dengan dokumen undang-undang. Saya telah hulurkan diri untuk pantau proses ini,” katanya.

Loading...

Leave a Reply