Portal berita terbaik anda

Viral

Kereta terlibat kemalangan, anak dalam ‘car seat’ selamat siap ketawa lagi

Bermula 1 Januari 2020, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Berikutan itu, orang ramai mula memberi pandangan masing-masing berhubung langkah tersebut. Ada yang menyokong langkah tersebut, tidak kurang juga yang membangkang terutamanya keluarga yang mempunyai anak yang ramai.

Bagaimanapun, penggunaan CSR terbukti membantu mengurangkan angka kecederaan atau kematian kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan.

Bagi seorang wanita, dia bersyukur kerana memasang CSR lebih awal kerana baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan.

Wanita yang dikenali sebagai Afiqa itu berkata, kemalangan itu menyebabkan dia dan suaminya cedera tetapi anaknya yang berada di dalam CSR tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya koyak bibir dan kaki. Suami dada sakit dan bengkak sebab terkena beg udara. Dan anak saya waktu itu duduk di dalam carseat. Anak saya langsung tidak mengalami apa-apa kecederaan. Lepas keluar boleh lagi bergelak ketawa. Alhamdulillah, yang penting anak selamat,” tulisnya di Facebook.

Sehubungan itu, Afiqa menggesa setiap ibu bapa supaya membeli dan meletakkan anak masing-masing di dalam CSR.

“Ibu dan bapa usahakanlah carseat untuk anak. Saya tak dapat bayangkan kalau saya pangku anak kat depan. Nauzubillahminzalik,” tulisnya.

Loading...

Leave a Reply