Portal berita terbaik anda

Utama

Kereta nasional bakal dilancar Mac 2021

CYBERJAYA – Malaysia akan melancarkan sebuah kereta national yang dilengkapi sistem hybrid dan teknologi baharu pada Mac 2021.

Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, pembangunan kereta itu akan diterajui oleh sebuah syarikat tempatan, DreamEdge dengan model protaip pertama dijangka siap pada Mac 2020.

Katanya lagi, pembangunan kereta itu dibiayai oleh dana swasta dengan tanpa melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

“DreamEdge akan berkerjasama dengan sebuah syarikat Jepun iaitu Daihatsu dalam aspek perkongsian teknologi dan kemajuan terhadap pembangunan kereta national ini.

“Kereta ini dijangka dilengkapi teknologi baharu dan paling penting adalah mampu milik,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman kereta national di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply