Portal berita terbaik anda

Utama

Kereta milik Rajihan sudah ditemui, mangsa masih hilang

KLUANG: Pasukan mencari dan menyelamat tidak menemui Md Rajihan Junaidi, 28, yang dilaporkan hanyut bersama-sama kereta, walaupun kenderaannya dinaikkan dari kawasan banjir petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, hanya kereta yang ditemui dan operasi ditangguhkan petang tadi.

Katanya, operasi bermula jam 10.30 pagi tadi membabitkan 12 anggota menarik keluar kereya menggunakan teknik ‘surface searching’ di kawasan kedalaman parit kira-kira 4.5 meter, iaitu 100 meter dari tempat terakhir kereta dilihat petang semalam.

Katanya, pencarian yang mengunakan peralatan ‘gripping iron’ atau besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa.

“Kereta berkenaan berjaya dinaikkan pada jam kira-kira 6.10 petang oleh polis, namun mangsa tidak ditemui di dalam kereta berkenaan.

“Kereta kemudiannya ditunda ke Balai Polis Kahang untuk tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Akob berkata, operasi ditangguhkan jam 6.30 petang tadi.

Dalam kejadian petang semalam, Md Rajihan memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya Khairunnisa Ibrahim, 24, sebelum dia hanyut bersama kereta ketika meredah lintasan air di Batu 18 Jalan Kluang – Kahang.

Loading...

Leave a Reply