Portal berita terbaik anda

Viral

Kereta depan brek mengejut, nasi lemak untuk jualan habis berterabur

Tular di media sosial perkongsian seorang peniaga yang terpaksa menanggung kerugian akibat daripada kecuaian orang lain.

Menurut peniaga bernama Zai itu, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk berniaga nasi lemak sebelum sebuah kereta di hadapannya berhenti secara tiba-tiba sehingga dia terpaksa membrek secara mengejut.

Keadaan itu menyebabkan barang jualannya tumpah dan berterabur di dalam kenderaannya.

“Kejadian pagi tadi kat Kampung Paya. Kereta hadapan yang secara tiba-tiba berhenti tengah jalan kita terpaksa brek emengency dan habis semua sambal tumpah dan kuih nasi lemak berterabur,” kongsi Zai dalam satu group Facebook.

Apa yang mendukacitakannya, pemandu kereta itu bukan sahaja tidak berhenti untuk meminta maaf, malah turut memecut laju meninggalkan tempat kejadian namun dia sempat mencatat nombor plat kereta tersebut.

Sehubungan itu, Zai meminta jasa baik netizen untuk mengenal pasti pemilik kereta tersebut agar dia dapat bertemu dengannya.

Di akhir perkongsiannya, Zai berkata dia menerima kejadian tersebut dengan hati yang terbuka dan redha tiada rezeki untuk berniaga pada hari itu.

Loading...

Leave a Reply